Saturday, January 31, 2009

Saturday, January 10, 2009

Free Palestine..HELP THEM

dipetik dari berita utusan 11 Jan 2009

UAE kumpul RM301 juta

ABU DHABI 10 Jan. - Hampir AS$86 juta (RM301 juta) berjaya dipungut di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari pertama kempen untuk membantu mangsa keganasan Israel di Genting Gaza.

Timbalan Perdana Menteri, Sheikh Hamdan bin Zayed al-Nahayan hari ini berkata, kempen pungutan derma yang bermula dengan teleton semalam dijadual diteruskan sehingga minggu pertama bulan depan.

Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan dan Naib Presiden, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum masing-masing menawarkan sumbangan bagi membiayai pembinaan 600 buah rumah di Gaza.

Ia adalah untuk menampung keperluan penduduk yang hilang tempat tinggal akibat serangan Israel.

Tunjuk perasaan untuk menyuarakan sokongan terhadap penduduk Gaza turut diadakan semalam di empat daripada tujuh emiriah yang membentuk UAE.

Sementara itu, Israel hari ini meneruskan kempen menakut-nakutkan penduduk Palestin dengan menggugurkan ribuan risalah mengandungi amaran bahawa rejim Zionis merancang untuk memesatkan lagi serangan.

Menurut pihak tentera Zionis, risalah berkenaan disebarkan di seluruh Genting Gaza dan ia disebarkan sebagai 'amaran umum.'

Notis tersebut mengandungi kenyataan bahawa Israel akan memulakan 'fasa baru perang terhadap keganasan'.

Amaran tersebut dikeluarkan ketika jumlah korban meningkat melebihi 800 orang akibat serangan Israel sejak 27 Disember lalu.

Serangan yang masuk hari ke-15 ini dilancarkan dengan alasan menghentikan serangan roket oleh Hamas.

Tentera Israel mendakwa serangan hanya ditujukan ke arah Hamas namun pegawai Palestin menjelaskan, dua pertiga daripada jumlah korban adalah orang awam.

- Agensi

picture from fotopages


p/s: segala bekalan dihantar di sempadan Palestine/Egypt.... tapi si bodoh Egypt tu tak kasi orang Palestine gie masuk negara dia ape guna... harap si Egypt tak ikut lagi cakap Israel laknatullah tu... sekarang Israel megah dengan kejayaan dia dan moga kejayaan dia sekarang akan memakan diri sendiri dengan lebih kejam lagi... Sesungguhnya Doa orang2 muslim yang terinaya dimakbulkan Allah.... Amin....


....want continue watching Al Jazeera....