Thursday, December 13, 2007

Thought....

Never love a love that hurts........

Never hurt a love that loves !!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Wednesday, December 12, 2007

Breaking News - Banjir

Banjir Di Pahang,

Kali nie pahang mengalami banjir paling teruk di semenanjung. Kalau last year catat rekod terburuk Johor dan sebelum Johor, Kelantan. Kini Pahang lak mencatat rekod terburuk sejak tahun 1950 yang pernah dialami Pahang satu ketika dulu. Semalam aku dapat email dari YB Hashim Anang mengatakan paras air kat beberapa daerah mencatat bacaan paras bahaya. Aku tengok gambar semua rumah hanya nampak bumbung ajek. dan dalam masa yang sama aku dapat berita office-mate aku kak Norul terkandas dikampungnya di Chenor, banjir hingga tak nampak bumbung! wow!... kesiannya....

Banjir di tempat lain ada jugak tapi masih diparas sederhana termasuk leee kat Johor kampung aku Kluang tapi area rumah parent aku tak banjir kerana ia kawasan bukit tinggi... cuma aku risau kejadian tanah runtuh macam last year ajek. Tapi so far tak ada lak berita buruk tu.

Sekian sahaja berita hari ini.




oH! Dear....

I'm just excited to be join the (group 6) team building at Genting View.... suddenly I got an email send-off from HR department said the team building on this weekend has postponed some date next year Jan, 2008. alamak...... next year kandungan aku dah semakin membesar. besar kemungkinan aku tak dapat join kot coz takut tak larat ajek masa tu. dan lagi satu aku bersungguh-sungguh nak dapatkan cuti ganti 2 hari tu untuk guna masa raya haji nanti. nampaknyer terpaksa buat-buat mc ajek leeee.... coz cuti dah habis lerh!

Tuesday, December 4, 2007

COMPILATION story (July 2006 - Dec 2007)


December 05, 2007. Sudah 5 hari Oly berada di Doha, Qatar. Dan sudah 4 hari dia memulakan tugasnya di Qatar Gas. walaupun sudah 5 hari dia tiada di sisi aku dan daniea.... rindu aku terhadap dia sangat kuat. akan aku perkukuhkan rasa rindu ini agar kasih sayang aku terhadapnya sentiasa mekar dan merah. sekarang nie aku tinggal dengan mama di shah alam. tapi bila weekend kitaorang stay kat setia alam rumah aku. aku amat berterima kasih atas kebaikan mama rajin melayan kerenah daniea yang tak terlarat aku nak melayannya maklumlah aku sedang pregnant 4bln+ so tak larat nak mendukung dia lagi.... sejak aku pregnant memang 100% oly yang menjaga dan melayan daniea, sebab tu masa oly nak fly aku takut juga dgn keadaan daniea maklumlah dia sangat manja dgn ayahnya.... tapi alhamdulillah segalanya daniea cepat memahaminya. tapi setiap kali aku ambil dia dari nursery aku akan melalui stesyen komuter untuk ke rumah mama. pada masatu dia akan kata ..." umie...umie..... ayah naik keteapi yea...." aku kata lah tak lah ayah kat qatar laaa.... pastu dia jawab... "... ayah naik kapal terbang keje jauh kan umie...' aku angguk ajek. kekadang aku tertanya pada diri sendiri bagaimana daniea rasa bila dah lama tak nampak ayah dia?...... ape yang dia fikirkan.... dan macam-macam lagilah..... hemmm.... suamiku oly, kau memang diciptakan untuk aku menjadi insan yang paling istimewa dalam hidup ku.... sekarang baru ku mengerti betapa berharganya setiap detik hidup bersama mu.... alangkah bagus kalau aku dapat delete saat-saat aku menyakiti hati mu.... ternyata kau memang suami yang sangat membahagiakan diriku. Love you so much..... till the end



PORT KLANG
Monday, August 13, 2007
Sun Shine Day


Last sunday 17:00,

Oh! God.... lapar lah nak makan ape ek.... i ask my hubby whether his ok or not i'll make nasi goreng and goreng telur dadar for him.... suddenly he said nak makan kailan ikan masin.... ermm, darling kailan dah habis lah.... so makan luar ajek leee..... so i suggested go to Tanjung Harapan makan kat Muara Ikan Bakar..... then he say OK. after solat asar we go out to Tanjung Harapan.... Look at Daniea sayang, gembiranya dia tengok laut dan kapal-kapal yang lalu tu.... langsung dia tak mahu di pimpin. After makan kitaorang jalan-jalan menikmati pemandangan senja.

Sunday yang cukup tenang buat aku, oly dan daniea.... coz we always bz on sturday and sunday with family gattering lah, kenduri kawin lah, shopping lah and so on lah. but last weekend we enjoy


Zue Manan

Posted by Adzuly at 4:51 PM 0 comments Links to this post



Tuesday, June 26, 2007

Home Sweet Home....


Almost 2 months living here, now me and hubby dah serasi with our new environment kat sini. semakin meriah kawasan nie coz semakin hari semakin ramai yang berpindah ke sini. aku cukup bertuah kerana beli rumah di situ kerana suatu hari nanti kawasan itu membangun dengan pesat dan complete dari pelbagai kemudahan. end of this year TESCO akan di buka di situ, arround 1 minit from my house (with car). bersebelahan TESCO tu pula akan dibangunkan satu kawasan happening la ia di panggil SETIA AVENUE... kawasan tu diketegorikan sebagai tempat mewah laa.... seperti starbuck, coffe beans and so on.... And Masj
id besar akan di bina di sebelah kiri pintu masuk ke setia alam (from meru).... erm so far yang diketahui untill pertengahan tahun depan hampir semua bank akan di buka... berbaloi lah beli kat setia alam nie.... satu invesment yang sangat baik.


Posted by Adzuly at 4:40 PM 0 comments Links to this post




Sunday, June 10, 2007
No more jatuh dari katil lagi sayang.....
Semalam after kenduri kat rumah pak cik udin aku dan oly terus ke rumah mama coz nak ambil katil daniea. kita orang dah tak sanggup lagi tengok daniea asyik jatuh dari katil ajek... apa tidaknya tidur lasak sangat. so dengan adanya katil dia sendiri nie selamat sikit untuk dia kalau dia jatuh pun impact nya tak seberapa sangat coz katil dia rendah ajek. Hahaha... yang pastinya malam tadi oly tak boleh tidur tanpa daniea di sebelah dia... dia kata kat aku dia tak boleh tidur tanpa melihat wajah daniea.... so malam tadi dia angkat daniea letak di tengah antara kami berdua.... tah berape kali agaknya dia cium pipi anak kesayangan dia tu agaknya..... aku dah ngantuk giler... pastu oly beritahu aku dia nak tukar position katil daniea dia nak letak kan di sebelah dia supaya dia still boleh lihat wajah daniea walau tak sekatil.... ermm suka hati u lah sayang... ok tomorrow kita alihkan katil daniea tu ye... so get ur sleep now... nite-nite..


Posted by Adzuly at 4:47 PM 0 comments Links to this post



ADLYN DANIEA
Wednesday, August 1, 2007

My Claver Gal

Aku rasa macam masih terasa lagi sakit bersalinkan daniea, now dia dah pun berusia 2 tahun lebih... semakin comel dan semakin bijak. petah bercakap, pantang celik mata ajek tak henti-henti mulut dia bercakap. baik tengok tv, makan apatah lagi bermain. banyak juga lagu yang dia sudah mula hafal contohnya ..... "ar...u shiping..ar..u shiping... ather jhon... ather jhon... na..na..na..na" tu lagu Are You Sleeping. pastu " oh! mek danal hase farm yiyoyiyo.... Oh! mek daniea eh! shala plak...." (aku tak tahu sama ada dia sengaja atau buat lawak ajek). pastu lagu " i yev u.. u yev me tingkel...tingkel lites star...." (eh! sambung lagu lain lak).... dan banyak lagi lah. kalau ada family gathering mesti dia jadi tumpuan utama kerana kepetahan dan kelakarnya dia. dia juga pandai bawa diri dan peramah. aku gembira tengok anak aku pandai bergaul. kadang-kadang aku heran macam mana budak semuda dia boleh layan perbualan orang tua... cuma dia pelat sikit la. kalau kat rumah aku dan hubby sampai dah tak larat melayan percakapan dan 1001 soalan. erm... hobi sebelum tidur dia adalah belajar sesuatu dari buku dia contohnya kenal huruf atau gambar haiwan.... esok pagi bila dia celik aje mata kami soal dia balik apa yang dia belajar sebelum tidur semalam..... wah! gud gal otak dia memang tajam, dia boleh ingat semua tu walau dalam keadaan lalok....hehehe... aku bukan nak puji anak aku tapi aku bangga dengan dia....


Posted by Adzuly at 2:59 AM 0 comments Links to this post



ALHAMDULILLAH
Friday, June 8, 2007

House Warming - 19 May 2007
Finally, we did it! Segala hal perpindahan ke rumah baru kami nie segalanya dah selesai apabila kami akhiri dengan kenduri doa selamat dan menjemput rakan2 sedara mara jiran2 datang makan-makan. thanks to everybody xspeacially mama orang yang sponsored catering and canopy jasa mu dikenang we luv u ma... pada mak terima kasih kerana sudi stay selama 3 minggu lebih di rumah kami banyak kenangan manis sepanjang mak berada di sini. to akak yang banyak membantu dalam urusan interior and everything, thanks to pak cik yang bertanggungjawab di atas segala renovation... can give you 4 star laa... ek.., to andak thanks coz give way to pak cik untuk siapkan ubahsuai rumah kami dulu hihihi.... and to all of relative. to our frenz Kak sue and family, zumy and family, zamarol and family, syazali and family, fayzol, gee and hubby, ryna, leezard, abg noa, kak sal and family and to abg rizal and family thanks for coming. to tok imam yang menerajui majlis doa selamat. Last but not least.... to my hunny bunny cute hubby thanks for everyting and every moment we shered together. and to my little sweetie gal daniea i'm so proud of you.. you are so claver now.. No.53 Jalan Setia Impian U13/6E Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



more picture click here : http://olyzue.fotopages.com

Posted by Adzuly at 2:53 AM 0 comments Links to this post



05/05/05
Monday, May 7, 2007

Daniea's Birthday (2 years old)

05 May 2007 Me and hubby do the simple celebrate aje... coz pada awalnya kami nak buat kenduri doa selamat masuk rumah baru pada tarik birthday Daniea. tapi kenduri tu terpaksa di tangguhkan coz langsir tak siap lagi..... hihihi macam lawak kat... tapi betul lah tanpa langsir tak nampak berseri rumah kan. Kami terlupa nak beritahu sedara-mara tentang pembatalan tarikh tersebut.. nasib baik diorang call hari jumaat tu.... whatever hari sabtu 05 may 2007 kami celebrate birthday Daniea sahaja. Me and hubby happy sangat melihat keletah Daniea anak kesayangan kami nie yang semakin bijak. hadiah yang paling dia excited sekali adalh hadiah pemberian auntie zara (kakak aku) dan wan dia (mentua aku). mak mentua aku bagi dia basikal dan kakak aku lak beli baju skrit jeans dan baju tu dia pakai sertemerta. aku dan hubby belum belikan dia ape-ape lagi coz kami bercadang nak belikan Set buku dan Cd untuk dia belajar, menulis dan melukis serta menonton. coz Daniea sekarang suka melukis, membaca buku (opsst tengok gambar ajek) dan menonton tv terutama Barnye's dan sasseme street. buat sementara nie kami terlalu bz dengan persiapan rumah. insyallah lepas kenduri nanti baru kami ada masa untuk yang lain. weekend nie baru Macy datang untuk install langsir so kenduri tu bolehlah buat next weekend. Walau bagaimanapun di hari ulang tahun kelahiran Daniea hari nie memang sungguh bermakna buat kami kerana melihat perubahan dan kematangan Daniea yang sungguh membanggakan. semoga Tuhan panjangkan usianya serta melindungi dan memberkati dia agar dia menjadi anak kami yang taat, bijak, penyayang dan solehah. amin... Ayah dan Umie amat berbanggan dengan Daniea... Happy birthday sayang

Posted by Adzuly at 5:30 PM 0 comments Links to this post



Amazing Liverpool

Tuesday, May 1, 2007


Liverpool Won
hahaha...... i knew it!.... liverpool will win. walau aku tak tengok game pagi tadi. tapi aku dah dapat rasa liverpool akan menang. pagi tadi sebelum aku gie keje aku sempat tengok ESPNSportLine.... tepat2 aku bukak tv ajek diaorang tgh tunjuk game tersebut liverpool menang game 1-0 memandangkan keputusan seri coz last week chelsea menang 1-0 jugak.. so penalty menentukan segalanya... liverpool menang keseluruhan 4-1. aku harap liverpool akan bertemu AC Milan di final nanti untuk mengulang sejarah 2005 hehehe.... LIVERPOOL vs CHELSEA liverpool won 4-1

- Forever Liverpool -


Posted by Adzuly at 8:45 PM 0 comments



all about fate
Thursday, April 19, 2007
Destiny


Aku ingat aku sorang ajek yang menimpa kesedihan di awal 2007 nie, rupanya tak disangka pula kawan sepejabat aku pun ramai yang menimpa kesedihan di awal tahun nie. tapi paling aku simpati ialah dengan kak Zarina (Editor E-Baca). Aku tersentak bila dia mengatakan bayi lelakinya yang baru lahir pada 17 jan 2007 sudah pulang ke Rahmatullah.macam nak menitik air mata aku mendengarnya. aku terdiam mendengar cerita kak Zarina aku dapat dengar getaran suaranya setiap patah cerita yang di keluarkan. Innalillahiwainnalillahirajiun.... ya Allah sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha penyaya
ng. Aku kagum dengan Kak Zarina kuat dan tabah menghadapinya. Dia beritahu aku, "Kalau nak ikutkan memang sukar untuk akak terima kerana sudah 10 hari dia bersama akak tak sakit dan sihat keadaanya tetiba ke esokan paginya dia pergi buat selamanya. Akak terus hilang arah... alhamdulillah hubby akak sungguh memahami akak dan sentiasa disamping akak. akak redah dengan pemergiannya kerana di sebalik kesedihan akak di dunia nie adalah kegembiraan akak di akhirat nanti.... dia pasti menunggu akak..."

"...Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...

Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar....
.... Rupa-rupanya... Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

P/S: Ermm... Anak aku sekarang nie semakin bijak dan manja. aku teringat masa aku disahkan hamil yang ke2 kalinya... aku terlalu abaikan Daniea dan dia asyik manja dengan wan dia sahaja... tapi sekarang dia amat rapat dengan aku dan aku pula sangat memanjakan dia. Daniea sememangnya budak yang pintar dan matang... semua orang ingat dia dah 3 tahun lebih tetapi 05/05/07 nie baru genap 2 tahun.


Posted by Adzuly at 5:15 PM 0 comments


BEJAYA HILL a.k.a BUKIT TINGGI

Sunday, March 18, 2007

Our Trip

Tanggal 10 March 2007, me and hubby bring our lovely dougther to Berjaya Hill a.k.a Bukit Tinggi. Seronok melihat keseronokan Daniea di sana. alangkah best nyer kalau every weekend aku dan hubby dapat bawa Daniea ketempat-tempat menarik seperti itu... tapi buat masa sekarang nie kami sebuk menguruskan hal rumah.. ever
y weekend adalah hari untuk check rumah how's the renovation and after that survey perabot, barang perkakas elektric dsb nyer... so far perabot dah settle beberape tempat dan lampu serta kipas dah settle semua habis dalam RM3000 lebih termasuk upah pemasangan. hemm tak sabar rasanye nak menikmati rumah kami yang serba baru tu. Erm.... setia Alam memang tak rugi beli rumah di situ coz mengikut analisi kawasan tu akan membangun pesat satu majority kat situ chinese dan sudah tentu bandar tu akan jadi macam PJ dan Subang. Setia Alam still under Shah Alam tapi ia diketegorikan Shah Alam yang ramai penghuni cina. oh! ya berbalik kepada cerita di Berjaya hill, memang menyeronokkan sehingga Daniea begitu seronok sampai lupa nak minum susu. dia tak suka didukung coz dia nak bebas berjalan sendiri. Setelah lebih 4 jam di sana baru kami balik dan terus ke The Curve saje window shopping dan kebetulan pula my hubby nak beli buku CIMA dia kat POPULAR BOOK CENTRE. coz on THIS MAY 2007 dia akan duduki exam CIMA dia yang ke berape yerk... erm tapi yang aku tahu dia ada lagi dua paper nak habiskan CIMA dia.... so yang kedua last kot.... whetever My dear honey bunny oly, good luck and love you so much.... ingat janji you pada i nak habiskan CIMA you tahun nie jugak kan..... nantikan surprise i bila you dah berjaya.... hihihi

Posted by Adzuly at 5:03 PM 0 comments




Good Luck Bro

Thursday, March 15, 2007


Good Luck to my frenz Leezard a.k.a Murad atau nama sebenar Nor lizam... Congrate bro, akhirnya ko berhijrah jua dari department yang penuh glamor, sensasi, kontroversi dan panasss nie yerk.... so penghijrahan ko ke department baru ko iaitu alam kewartawanan pasti lagi mencabar buat ko... MASKULIN magazine, pasti itu yang ko idamkan aku doakan ko sucsess dalam bidang kewartawana ko.... wow! dari grafik berhijrah ke bidang penulisan lak yerk.. satu bidang yang sungguh berbeza... ko memang world la bro.... Wartawan B adalah cukup selesa bagi ko tu... nanti bila naik Wartawan A jgn lupa belanja aku yerk.... oh! yer cicak yang ko letak kat atas machintoch aku nie akan aku jaga dgn baik... hehehe... yang sebenor nyer cicak tu memang aku yang punyer tapi macam mana boleh jadik hak milik ko lak kan mementang le nama ko leezard.... whatever bro kenangan mase ko sedepartment aku ko memang menceriakan laa... now aku rasa biasa ajek dan boring sikit laa... walaupun ko nie kekadang menyakitkan hati tapi ko memang penceria majlis lerh!.... bukan aku ajek terhibur malah satu department advertising nie ceria b’coz perangai ko tu... woi! kak wa rindu siulan burung pipit ko kak norul lak rindu nak begaduh ngan ko..... dan al-guyup pun rindu kat ko keh..keh...keh....! aku lak tak rindu kat ko coz waktu lunch still ko joint kitaworang.... cuma aku teringat masa selama 3 minggu aku ngan ko tak bertegur coz ko tersentap dgn kata-kata aku hehehe... sori bro. walaubagaimanapun kenangan kat shanghai jua memang tak boleh dilupakan... terutama lawak ko masa kat barza ape tah lupa aku.. ko dan al-guyup terserempak dengan pasangan yang tak ingin dilihat hehehehe...... Whatever Bro.... lu memang ceria..... buat cerita best2 tau naikkan majalah maskulin tuh yerk!.... oh! ya nanti kalau watie besalin jgn lupa bagi tau aku. nanti aku boleh datang bawak hadiah saje nak balas masa aku besalin dulu ko datang bawak hadiah... cuma beza nyer dulu ko datang ngan orang lain tapi kawin dgn orang lain.... ah! lantak ah yerk..... HaKuMaTaTa.... ciawo bro

www.karangkraf.com.my

Posted by Adzuly at 1:59 AM 0 comments


Anak tu adalah anugerah
Tuesday, March 13, 2007
My dear daniea



Peristiwa pada malam itu, membuatkan aku semakin sayang dengan anak aku. pada malam tu (11 Mac 07) tetiba daniea menangis yang keterlaluan sampai aku dan hubby panic. dia menangis sambil meronta-ronta sambil berkata "ak nak (tak nak)... akut (takut)".... mula-mula aku dan hubby cubalah bawak dia jalan-jalan sekejap menaiki kereta coz daniea nie senang tidur bila menaiki kereta... tapi sangkaan kami meleset, Daniea semakin meraung. sampai sakit badan aku coz menahan rontaan dia. aku dan hubby balik dan terus minta bantuan mama pula... tapi mama tak dapat membantu kerana Daniea cuma nak dukung dgn aku sahaja, dgn hubby dan mama dia tak nak... pastu hubby try baca ayat Al-Qursi kat dia tapi dia lagi melalak... mama susspect Daniea mungkin kene ganggu benda halus.... coz pada hari tu aku masih period so cuma mama dan hubby ajek yang bersih that's why dia nak dgn aku ajek.... mama ambil Daniea dari pelukan aku dan terus bawa ke dalam bilik dia.. aku tak ikut masuk... tah ape yang mama baca kat Daniea agaknya daniea terlepas dari dukungan mama dan Daniea terus keluar sambil memanggil nama aku "umie....umie..."... dan bila dia nampak aku ajek dia terus peluk kaki aku dan minta didukung... aku dukung dia dan dia melentukkan kepalanya ke bahu aku sambil menangis dan menyebut "akut...akut..." hubby aku terus ambil air sembahyang dan solat sunat dan baca yasin... selesai baca yasin Daniea masih menangis lagi. sampai longlai aku mendukung dia maklum lah umur dia dah 1th 10bln dan berat dia sudah mencecah 14kg. lama kemudian hubby ambil air mineral dan baca ayat al-qursi dan selawat lalu sapu ke muka Daniea.... selepas 3 kali berbuat demikian baru daniea terlena sambil tersedu-sedu yang teramat... sesekali dia menangis lagi tapi aku cepat2 memujuknya kembali. bila Daniea dah lena tidur, hubby aku kata jangan tutup lampu.. coz dia perasan sebelum kami tidur tadi daniea ok sahaja tapi bila hubby aku tutup ajek lampu dia terus manangis dan tangisan dia sambil diiringi " ak nak..... akut".... masa tu hubby aku cuba meredakannya coz aku dah terlena sedikit.. dan masatu lah hubby aku kata dia lihat Daniea menangis sambil tunjuk ke satu sudut di bilik kami.... entah lah apa yang dia nampak hanya tuhan sahaja yang tahu.....

Selepas 3 hari perkara itu berlalu Daniea kini agak penakut dan menjeng sedikit...


.... Daniea sayang, Ayah dan Umie sentiasa bersama Daniea dan peluk Daniea bila Daniea ketakutan. Ayah dan Umie sayang Daniea sangat-sangat......

Posted by Adzuly at 2:09 AM 0 comments


REDDHA

Sunday, February 04, 2007

14 December 2006: I suppose in my due period, but today i miss my period. It's sound like great, m i pregnant?.... 15 December 2006: Early in the morning i've got good news from my urine test is positive pregnant. slowly aku bisik ke telinga suami ku, ... sayang,... daniea akan jadi kakak... hubby aku terus bangun lalu aku tunjukkan test aku tadi.... he smile and kiss me and say i love u so mouch sayang..... kami sama-sama memandang ke arah daniea yang sedang nyenyak tidur. aku terbayang macam mana agaknya bila dia jadi kakak kelak. 20 December 2006: After office hour aku dan hubby pergi ke klinik untuk mengesahkan lagi sama ada kau pregnant ke tak. ternyata kandungan aku dah mencecah 5 minggu 6 hari. One day sddunly i've got bad filling.... aku asyik resah ajek aku asyik terfikir akan kandungan aku, coz of satu malam tu aku mimpi aku keguguran. dan satu hari tu tetiba aku terpitam kerana kesukaran bernafas 13 January 2007: I went out to poliklinik Umra dan berjumpa dgn Dr. Ummul Wahiy. ternyata apa yang aku resahkan selama nie benar-benar terjadi. sepatutnya kandungn aku dah mencecah 8 minggu 1 hari tetapi bila scan ternyata tak sama 6 minggu 3 hari. aku terus bertanya dgn doktor adakah kandungan aku tak menjadi... dia hanya beritahu perkembangan ok tapi mungkin tarikh conseption yang menyebabkan ia tak sama dgn yang sepatutnya. Dr. Ummul make an appointment for 1 week lagi.... 14 January 2007: aku masuk wad di Poliklinik Umra kerana dr. Ummul kata aku kekurangan air dalam badan dan gula dalam darah. lalu aku di masukkan air sebanyak 4 pek (2000ml). Aku di beri cuti selama seminggu untuk berehat. Dr. Ummul pesan kat aku kalau tak ada tanda-tanda loya dan sebarang symtom sebagai org pregnant dia suruh datang untuk chek kandungan. sepanjang seminggu aku MC aku ada loya dan pening kepala. so should be ok kot.... 20 January 2007: make another check-up lagi... doktor nampak ada dua karung yang bermakna aku mengandung kembar.... but it still got a bit problem.... and make appointment 1 week again. sepanjang seminggu tu aku sentiasa resah dan selalu berkata pada hubby aku ...Sayang, adakah kita akan kehilangan kandungan ini?.... hubby aku selalu berkata ".... tak pe sayang rezeki tu di tangan Allah, kita reddah sahaja dengan ketentuanNya...... 27 January 2007: malam tadi aku bermimpi aku buat D&C..... ternyata mimpi aku memang memberi makna sebenar.... pagi tu aku pergi check-up dan Dr. Ummul mengesakan kandungan aku tidak membesar lagi dan tiada heart-bit lagi. tetapi aku masih tak guugur lagi coz temuni aku still membesar. Mengikut teori Dr. Ummul aku mungkin memiliki Molar Pregnancy. dia mencadangkan pada aku untuk buat D&C dan dia akan hantar ke lab untuk buat ujian sama ada Molar or not.... 28 January 2007: Dengan tenang dan penuh kekuatan aku menghadapi semua ini begitu juga dengan hubby. Aku admit pukul 4pm untuk dimasukkan ubat ke dalam vagina untuk proses contraction dan pemecahan air ketuban. dalam masa 30 minit air ketuban keluar dari faraj ku... genap pukul 6pm... aku dimasukkan ke labor room untuk proses D&C. Aku tak sedar apa yang berlaku..... aku sedar dalam pukul 8pm dan aku lihat aku sudah berada dalam bilik semula dan aku lihat hubby ada kat sebelah aku sambil senyum dan mengusap kepala aku.... keadaan aku amat mengantuk. 8.15pm Dr. Ummul masuk dan check nadi aku dan dia berpesan suruh aku berehat secukupnya sapanjan MC seminggu ini. dan dia beri aku ubat antibiotik dan beberapa lagi. And she's say to see her after 1 week to check-up and show the lab result...... hari pertama dan hari kedua selepas D&C keadaan aku murung dan sedih sahaja.... nasib baik hubby aku pandai memujuk aku... begitu juga emak aku di kampung. dan sepanjang cuti tu juga aku tak henti-henti membaca maklumat tenteng Molar pregnancy.... moga kalau ia benar terjadi kepada aku.... sekurang-kurangnya aku tahu apa dia dan bagaimana untuk mengatasinya iaitu denagn menerima teraphy sehingga kadar hCG dalam darah sampai ketahap 0%. 03 February 2007: Jumpa Dr. Ummul untuk buat check-up dan alhamdulillah result dari lab menyatakan aku bukan Molar Pregnancy.... suddenly Dr. Ummul tanya aku ".... yes puan, bila puan nak start pregnant lagi?..... ' belum sempat aku menjawab ape-ape.... dia dah cakap dulu... " puan jangan dengar cakap orang kene tunggu 6 ke setahun ke... actually puan boleh start after habis nifas puan dan period pertama puan..... aku senyum pada dia dalm hati aku macam mana dia boleh baca isi hati aku..... lalu aku dan hubby kata insayallah after 2 kali period baru kami start berusaha kembali..... aku suka cara Dr. Ummul melayan pesakit dia... actually dr.Ummul nie adalah Dr. yang menyambut masa aku melahirkan anak pertama ku daniea di Salam Speacialist center, tapi sekarang dia dah buka Poliklinik dia sendiri atas joinventure ngan hubby dia Dr. Rafi... that's why nama Poliklinik nie diberi nama UMRA..... Now.... segala yang berlaku aku dan hubby terima dgn reddah.... sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...... bak kata pepatah inggeris "...... Things Happens For A Reason...."

posted by Adzuly | 9:29 PM | 0 comments


Wedding Fadzley (Fadzli)
Thursday, December 07, 2006


Selamat berbahagia Dr. Fadzli & Azrene

Begitu meriah dan berseri di majlis persandingan Fadzli dan Azrene di PWTC. kami berpuas hati dengan suasana dan aturcara yang menarik. begitu manis Fadzli dan Azrene di atas pelamin. Selamat berbahagia hingga keakhir hayat.

posted by Adzuly | 8:42 PM | 0 comments



Wednesday, November 08, 2006
Happy 27th - 08 Nov 06

Hari nie genap umur aku 27 tahun. oh! ya tak lupa juga happy birthday to my twin Zul, my frenz Idwan yang menyambut ulangtahun ke 27 tahun serta kepada Seha anak jiran aku kat kampung yang menyambut besday dia ari nie
yang ke 16 tahun. semoga you all dimurahkan rezeki dan diberkati Ilahi.

Apa yang special untuk besday aku ari nie ialah my hubby hadiahkan aku 'the most my favorite handphone' Sony Ericsson K800i.... Thank you sayang love you so much ummmmahhh!!! dan malam nie hubby aku set dinner kat luar... tapi aku tak tahu lagi tempatnyer... maybe dia nak suprise aku kot. Oh! ya mama pepagi lagi dahwish birthday kat aku... love you to ma....akak dan abg long pun dah wish... ah ramai lah yang dah wish termasuk chatter aku kat myspace. Cuma aku masih tertunggu mak dan abah call wish kat aku.... kalau sampai kul 8.00 malam nie dia tak call jugak, aku akan call dia.....

walaubagaimanapun aku happy dgan kehidupan aku yang dah 27 tahun nie mempunyai suami yang baik dan penyayang dan anak yang comel dan cerdik.

posted by Adzuly | 2:02 AM | 0 comments


Syawal 1427
Sunday, October 29, 2006

I'm Back!

Seronok beraya walaupun penat tapi time macam nie lah peluang aku dan family berkunjung kerumah sanak saudara. Bukan senang nak berkumpul beramai-ramai. tahun nie raya pertama kami adalah di rumah parent aku di johor. oh! ya, siti akan ke jepun untuk kali ke empat... kali nie dia pergi untuk 4 bulan sahaja.... laaa... sian Naufal baru berusia 7 bulan dah kene tinggalkan mak dia selama 4 bulan. selama tiga hari raya aku beraya di johor. raya keempat aku beraya di shah alam semula. Daniea seronok sangat coz dapat bertemu wan kesayangan dia sape lagi kalau bukan mak mertua aku. Mak mertua aku memang manjakan sangat anak aku tu maklumlah cucu pertama perempuan pulak tu.... ya la mak mertua aku bukannya ada anak perempuan so bila ada cucu perempuan segala kasih sayang dan kemewahan dia beri kat anak aku tu.... kadang-kadang aku geram jugak kat anak aku nie... dia terlalu rapat sangat dengan wan dia sampai aku umie dia pun dia tak kesah sangat... tapi kalau lapar tau pulak mintak susu dengan aku.... hehehe... tak pelah Daniea.... yang penting Daniea Happy. Umie dan Ayah bangga dengan Daniea.... bijak, cantik, manja, pandai ambil hati, kelakar, rajin sembahyang ( sujud ajek yang dia tahu hehehe maklumlah umur baru 1 tahun 5 bulan)..... dll. Erm cerita ttg adik ipar aku lak, dia nie suka buat suprise... ya lah dia kata dia tak dapat balik bercuti raya tapi tetiba malam 30 ramadhan dia call hubby aku suruh pesan kat mama ambil dia kat airport... whatever kami sekeluarga gembira dia balik bercuti kerana aku, hubby dan anak beraya di johor so at least mama tak lah sunyi coz adik balik beraya di shah alam. ermm... ape lagi yerk nak cerita.... emmm setakat nie ajek kot. Oh! ya pada Zairil Dean welcome back to work.... hehehe... kita sambung chatting yark...
Salam Aidilfitri.

posted by Adzuly | 6:55 PM | 0 comments


Raya Yang Bahagia - Salam Lebaran Untuk Semua Umat Islam

Thursday, October 19, 2006



Dengar beduk berbunyi. Sayup bergema disubuh sunyi. Memanggil kepada muslimin. Segera berbakti kepada Illahi. Suara azan menyahut. Terdengar sayup memecah sunyi. Memohon restu dengan bakti. Kepada Illahi Tuhan Maha Suci. Terdengar suara takbir. Memuji nama Illahi. Rasa dalam kalbu. Tenteram dan aman selalu. Kini tiba masanya. Hati gembira di Hari Raya. Bertemu sanak dan saudara. Bermaaf-maafan dengan keikhlasan... Ramadhan meninggalkan kita dengan penuh rasa keinsafan dan ketakwaan... kini Syawal dirai dengan penuh keberkatan. Pada aidilfitri kali ini aku akan beraya di Johor untuk buat pertama kalinya sejak aku mendirikan rumah tangga. Tak sabar rasanya hati ingin berjumpa mak dan abah di Kluang. Aku harap untuk kepulangan aku di aidilfitri kali ini akan lebih tenang jiwa aku kerana dapat memohon maaf dan mencium tangan mak dan abah di pagi aidilfitri yang mulia. Hai tak sabar rasanyer nak balik kampung. terbayang-bayang wajah mak sewaktu aku membantu dia buat kuih dulu... terbayang wajah abah sewaktu aku tolong dia kacau dodol..... Mak!...Abah!.... tak sabarnya nak jumpa kalian... Tak lupa juga Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang berada di Malaysia, France dan Switzerland.

- Wassalam -

posted by Adzuly at 6:25 PM | 0 comments


Ramadhan Al Mubarak
Monday, September 25, 2006

Kepada umat Islam di seluruh dunia kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna serta penuh ketaatan dan keinsafan. moga segala ibadah yang dilakukan mendapat berkat dan syafaat dari Illahi. Amin

posted by Adzuly at 10:00 PM 1 comments



Enigma - Mysterious
Monday, September 11, 2006
hidup nie senangkan kalau kita dapat laluinya dengan apa yang kita nak, tapi hidup nie susah kalau kita laluinya atas bukan kehendak kita, tapi kita tahu tak segala yang susah tu adalah cabaran, dan segala yang senang tu adalah alpha. hidup yang penuh cabaran itulah warna hidup sebenar, tapi penah tak terfikir hidup yang penuh misteri.... hehehe... mesti dalam kepala otak ko pk bukan-bukan kan?..... termasuk lah aku...hehehe. tapi aku sendiri heran apabila ada orang yang mengatakan " zue misteri orangnya"... hehehe... misterike aku nie.

posted by Adzuly @ 3:31 AM 0 comments



Tentang Aku - Hidup
Wednesday, August 09, 2006

Hari ini adalah kenangan hari esok, tanpa hari ini maka tiadalah hari esok.... kadang-kadang kita terlalu ingin mencipta kenangan manis. tapi kita sedar tak kadang-kadang kenangan pahit itu akan menjadi kenangan indah buat kita... aku pernah laluinya dahulu bagiku kenangan itu terlalu pahit dalam hidup ku.... aku benci sangan kenangan tu sampai ia menjadi trauma dalam hidup aku. tapi sekarang aku sedar kenangan itulah yang membantu aku berjaya dalam impian aku.... aku tak pasti aku dah b
erjaya atau tidak tetapi sekurang-kurangnya aku selesa sekarang. Kemaafan untuk diri sendiri... pelik kan... biasanya memaafkan orang lain... kadang-kala kita terlalu inginkan yang terbaik di atas ape yang kita lakukan... tapi apalah daya kita sebagai manusia yang hina.. kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kesilapan kita sendiri. Dari kesilapan kita matang untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Aku selalu kata pada diri aku sendiri, "tak pe zue, mungkin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya".... Masa aku zaman sekolah dulu, Abah selalu pesan kat aku... "Kakcik, kita kena banyak bersabar dalam mengharungi dunia pancaroba ini. tak rugi kalau kita bersabar, tuhan tu maha adil. Suatu hari nanti dari kesabaran yang kita hadapi itu pasti akan dibalas kelak. cuma kita tak tahu bila dan di mana. abah nak kacik menjadi seorang yang tabah dan cekal menghadapi dugaan. Setiap kejayaan yang kita kecapi tu pasti ada terselit detik kegagalan dahulu. Abah harap kakcik akan menjadi insan yang berguna, hidup tu lebih tenang jika hati kita bersih dan positif...." . Yalah, Hidup nie kadangkala kita terpaksa berkorban untuk kebahagian orang lain, macam aku...chewah.. aku lagi.... tak macam nie... dulu kecik-kecik aku selalu mengalah dengan kembar aku dan kakak aku. Mak aku selalu menyebelahi diaorang.... tapi sekarang aku yang mak banggakan. Bagi aku walau mak tak suka aku, tapi sebagai anak... aku wajib laksanakan tanggungjawab aku beri dia duit belanja dan ubat. Setelah aku kawin walaupun benda tu dah tak wajib lagi bagi seorang anak perempuan, tapi aku tetap laksanakan tanggungjawab aku. Sebenarnya aku nie bukan kategori yang baik sangat. aku nie ada jugak yang tak baiknyer... kata kakak aku, aku nie panas baran tapi kelebihan aku aku cepat minta maaf. Aku beruntung dapat suami yang baik dan penyabar. Aku kagum dengan suami aku dia amat besabar dengan panas baran aku... dan dia tahu bagaimana nak memujuk aku. Entahlah aku rasa aku nie memang tak boleh dimanjakan bila dimanjakan melebih-lebih lak perangai tu..... Sekarang aku baru tahu segala yang berlaku dari zaman aku kecik sampai sebelum terjumpa suami aku nie... semuanya ada hikmah disebaliknya.... rupa-rupanya lagi perit dugaan yang menimpa aku lagi kuat kesabaran aku. tak macam bila dah kawin aku terlalu cepat melenting. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran suami aku melayan baran aku, kini aku mula besederhana dengan tingkah laku dan sikap aku. Oh! ya, aku terlupa... sepanjang perkahwinan aku yang dah masuk 2 tahun lebih nie... aku masih tinggal serumah dengan mertua aku.... aku selalu mengawal tingkah laku aku yang sehingga satu hari aku meletop.... sebab tak tahan lagi dengan keadaan itu.... mertua aku baik dan ambil berat sangat... tapi cuma keserasian tu tak ada..... aku rindu sangat suasana hidup privacy hanya bersama suami dan anak-anak sahaja. Hai tak sabar rasanya nak tunggu tahun depan coz aku, suami aku dan anak aku Daniea akan berpindah ke rumah kami yang sebenarnya dah siap sekarang cuma ada beberapa renovation harus dilakukan sebelum pindah.



KEJUJURAN adalah kerja hati, ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN. ayat nie memang bermakna buat diri aku... Hanya suami aku sahaja yang tahu, biarlah ianya menjadi pengajaran buat aku. I LOVE YOU SO MUCH SAYANG kerana terima diri ini seadanya.


posted by Adzuly at 4:34 AM | 0 comments


FLASH BACK - some words that i never forget :(

Tuesday, August 15, 2006


Pagi tadi, tetiba aku ter flashback masa zaman aku kanak-kanak aku. Aku teringat kat kak anie yang baru sahaja kembali kerahmatullah pada 31 july 2006 yang lepas. aku teringat masa kecil-kecil dulu kami selalu main lompat palang dan selalunya team kak anie akan menang coz team dia semua tinggi-tinggi. walaubagaimanapun kami seronok menang kalah bukan persoalannya. habis main lompat palang... kami joint budak lelaki pulak, main belon aca seronok tak terhingga masa zaman tu. tapi satu permainan sahaja kalau kami main pastu pergaduhan akan berlaku iaitu main bola roundess.... biasalah ada sahaja yang tidak puas hati dan tak sefahaman. Bila aku teringat kat kak anie nie.... tetiba aku teringat kat adik dia yang sebaya aku iaitu ezlan (lan). dia nie tekun tolong berniaga air dan kuih-muih di depan rumah dia. Aku dan rakan-rakan yang sebaya suka lepak-lepak kat gerai dia sambil membantu di menjual. Pada satu hari akak aku suru aku balik rumah mintak dengan mak aku duit untuk beli air kat gerai Lan. akupun balik.... aku mintak mak duit 20sen nak beli air... tetiba mak aku tanya nak beli air kat mana.... aku jawab lee kat gerai Lan. mak aku marah "jangan beli air kat sana... air dia tak bersih! dia guna air paip tu!"... akupun dengan muka sunggul cakap ok tak beli air kat gerai dia tapi beli air kat kedai cik Amat. Nak pegi kedai cik Amat tu aku terpaksa melalui depan gerai Lan... akak panggil aku..kakcik2 mana duit cepat akak nak minum air asamboi nie.... aku dengan tak berfikir panjang aku jawab... Taknak lah mak kata air dia tak bersih!.... masa tu aku terlihat muka Lan yang sayu... dan akak terus tarik aku... pegi minta maaf kat Lan cepat tak baik cakap macam tu.... aku masa tu menyesal sangat.... akak terus ambil duit dari aku dan minta Lan berikan segelas air asamboi tu... perasaan aku masa tu malu dan kesian sangat kat Lan. masa balik akak nasihatkan aku, tak baik tau kakcik cakap macam tu kat Lan... tersinggung tau dia. sejak peristiwa tu di sekolah aku selalu belanja keropok kat Lan bila waktu rehat.
Sekarang kalau aku balik kampung, kalau terserempak ngan Lan pasti aku akan bersembang, tanya perkembangan masing-masing... yang terlatest aku tahu ttg dia... dia tak lama lagi akan jadi ayah..... wife dia cikgu dan dia sendiri tentera darat.... "bukan buaya darat tau"....hehehe

posted by Adzuly @ 3:26 AM 0 comments