Tuesday, October 21, 2008

Kehidupan di Doha sebagai........



Almost 2 months aku kat Kota Doha nie, hidup aku bertambah happy kat sini sebagai suri rumah sepenuh masa. diffrent masa mula2 baru datang sini aku boring giler coz dah terbiasa keje pastu berenti keje jadi suri rumah lak aku rasa tension lebih banyak. Now aku dah dapat membiasakan diri.... dan paling seronok dari tak tahu memasak now aku enjoy memasak dan dah banyak menu yang aku boleh masak. Dan paling best sekali anak2 aku membesar depan mata aku sendiri... walaupun kekadang aku garang dengan mereka tapi mereka amat rapat dengan aku pantang tak nampak muka aku depan mata dorang mual lah mencari sampai nak tido pon nak aku yang tidur kan so aku ajar kakak dia bersabar kerana aku kene tidurkan yang adik dulu baru boleh tidur kan kakak. si kakak nie langsung tak nak ayah dia yang tidurkan kecuali ada maksud disebliknyer macam dia nak beli mainan ke ha time tu dia rapat dgn ayah dia.... hai... daniea2.....

Thursday, June 19, 2008

Yeah! Life is Great....


Almost 3 month aku tak jengok2 blog aku nie..
firstly 21 april 2008 lepas aku selamat melahirkan anak kedua aku iaitu AFRYN DAYINIE... hem.. best tak nama tu. so dalam pantang pergerakan pun slow ajek baru nak duduk on computer... anak dah merengek....
2nd thing... aku bz dgn urusan relocation our things to doha like furniture, clothes, baby milk an so on.... so yesterday everything was seattle. barang2 semua dah masuk contena.... thank to ALLIED PICKFORDS your service is good and frenzly....
3rd thing.... hihihi... bz dgn 2 puteri aku lah macam2 kerenah yang aku kene layan dorang.... whatever my life more better then before.

Sunday, March 9, 2008

Abdullah perlu pikul tanggungjawab kekalahan - Dr. Mahathir

Aku tertarik gila dgn artikel nie... so aku nak mengabadikan dalam blog aku nie

copyright: Utusan Online 10 mac 2008

KUALA LUMPUR 9 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, seperti kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus.

Beliau telah memusnahkan UMNO, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr. Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr. Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas Perdana Menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa di sebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

"Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.

Kepada soalan lain, Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun terserah kepada UMNO untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.

"Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.

Dr. Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kepada satu lagi soalan, Dr. Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.

Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu.

Mengenai kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr. Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri negara ini.

Ditanya mengenai kemungkinan pembangkang memenuhi janji mereka seperti yang dinyatakan dalam manifesto mereka, kata Dr. Mahathir: "Mereka hanya membuat janji itu kerana mereka tidak fikir yang mereka akan membentuk kerajaan tetapi saya sangsi yang mereka dapat menunaikan janji apabila mereka menawan lima negeri."

Dr. Mahathir berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.

"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.

Mengenai kemenangan anaknya Datuk Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.

- Bernama

p/s: Setakat nie hanya sekali ajek aku melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi iaitu masa zaman Dr.M. masa tu aku baru pertamakali mengundi. Masa tu pertama kali PKR wujud. Tapi sejak zaman Pak Lah aku tak bersemangat langsung.... aku boleh diketegorikan pencinta BN lah... tapi aku tak suka dengan keadaan politik sekarang nie yang di sandang Pak Lah... aku sanggup tak mengundi dari nak buat undi rosak atau undi parti lain...... so aku hanya tengok ajek lah.... tapi kalau tetiba kat Kluang Johor tu Datuk Mukhriz yang bertanding Parlimen sure aku balik mengundi hihihi........

Wednesday, January 30, 2008

Team Building KKSB - Genting View Resort

Duration: 72 hours ( 25 - 27 January 2008 )
Team: Positive Attitude At Work In Time Of Change

Presented By: En. Saiffuzain Salim & En. Zulkifli Ismail
25 Jan 2008, Bertolak dari karangkraf pukul 7.30am. Sampai di Genting Resort lebih kurang pukul 8.30am. Breakfast dalam 30 minit pastu terus ada class. Aktiviti utama ialah kami semua dipecahkan kepada 4 team, dan cipta satu nama dan logo untuk team kemudian buat Rules and Punishment. Maksudnya setiap team buat 3 rules n punishment untuk sepanjang 3 hari 2 malam berada di sana... so maknanya 3 x 4 so semuanya ada 9 rules n 9 punishment yang kami kene ikut.... best jugak lah rules yang kitaorang cipta.... oh! ya nama team aku hihihi... pelik sikit bunyiknyer... ANDROMEDA kami ambil dari bahasa latin yang bermaksud alamak aku lupaa lah..... coz bukan aku yang bagi nama tu tapi Taqiyuddin yang bagi. whatever lah pastu dalam pukul 12.30tgh lunch pasu bebudak lelaki semua gie sembahyang Jumaat dan yang perempuan dapat kan rumah dan house mate masing-masing. no rumah aku RV11 dan geng aku adalah kak Rosmini (Manager Brand Marketing), Kak Siti Zarina (Editor E-Baca), Kak Suhaila (AE Advertising) & Zulaiha (Creative Designer) aku leeee..... so dalam rumah tu ada 3 bilik so aku sebilik ngan kak sue... kak siti n kak mini sebilik... so ada stu bilik kosong kerana sepatutnyer hani dan zila tapi si boss aku yang bengong telah tunda jadual dorang ke minggu depan next team. Ok lah best lah rumah tu dua tingkat selesa dan berpemandangan indah... Pukul 2.45pm kami start class kembali....

TRUE POWER
"Knowing others is intelligence, knowing yourself is true wisdom. Mastering others is strength, Mastering yourself is true power." by Loa Tzu

Dalam Class nie kami di beri satu paper dan jawab setiap soalan dengan jujur. selesai menjawab soalan tu barulah dapat jawapan masing2 contohnya ENTJ, ESTJ, ISFJ dll.
aku punyer ialah ISFJ ( Introverts, Sensing, Feeling & Judging ) u want to know eh!.. check lah kat internet..... Aku percaya ISFJ taklah seteruk mana... cuma ISFJ selalu dikenali sebagai Behind The Screen.
bagi aku aku tahu untuk mengawal diri aku coz kekadan aku rasa aku Extraverts. semuanya bergantung pada situasi dan kehendak. kira aku rasa tak semesti ISFJ akan kekal selamanya ISFJ coz ia akan berubah mengikut situasi cuma ia kekal bila i berada di rumah kembali.... itu aku lah.... pukul 5.30pm tea-break. lepastu solat asar. pastu aktiviti riadah 6.30-7.45pm balik rumah mandi, solat magrib dll.... 8.00-8.30 dinner. pastu class bermula kembali.... sampai pukul 10.00pm pastu supper pastu balik rumah tido. so itulah rutin sepanjang 3 hari 2 malam cuma aktiviti luar sahaja yang berbeza-beza juga di dalam class.

Moral Of The Story yang aku dapat dalam team building nie untuk kerja aku adalah
• Always look for simple solutions, Focus on solutions not on problems • Goals Must be POSITIVELY & SMART (SPECIFIC, MEASURABLE, ATTAINABLE, REALISTIC & TIME)

Whatever aku enjoy sangat sepanjang 3H 2M kat Genting Resort nie.... banyak manfaat yang aku dapat bukan untuk kerja aku ajek malah aku boleh apply semasa aku di rumah juga sebagai isteri dan ibu....

Wednesday, January 23, 2008

MacBook Air - seriously teruja

Apple introduces MacBook Air—the world’s thinnest notebook



Apple today introduced the world’s thinnest notebook: MacBook Air. It measures an unprecedented 0.16 inches at its thinnest point while its maximum height of 0.76 inches is less than the thinnest point on competing notebooks. In addition to a stunning 13.3-inch LED-backlit widescreen display, MacBook Air offers a full-size and backlit keyboard, a built-in iSight video camera for video conferencing, and a spacious trackpad with multi-touch gesture support, letting users pinch, rotate and swipe. The new notebook is powered by a 1.6 GHz or 1.8 GHz Intel Core 2 Duo processor with 4MB L2 cache, and it includes as standard features 2GB of memory, an 80GB 1.8-inch hard drive, and the latest 802.11n Wi-Fi technology and Bluetooth 2.1. Starting at just $1,799,

Tuesday, January 8, 2008

Beverly Hills 6 / Doha, Qatar


Gambar di atas aku serve melalui Google Earth, apa yang aku highlight kan kat sini adalah jarak tempat kediaman kami di Doha berhampiran dengan Khalifa International Stadium. Jaraknya dari kawasan rumah kami (Beverly Hills 6) adalah lebih kurang 3-5km. Cantikkan view stadium tu dari atas.


Gambar nie pulak aku zoom area perumahan Beverly Hills 6 iaitu area kawasan rumah kami. 100% penduduk di situ adalah staff Qatar Gas. Sebenarnya mereka nie semua diberi kemudahan rumah dari Qatar Gas, dan termasuk lan hubby aku. haaa yang highlight warna kuning tu lah rumah kami di Kota Doha nie. Rumah kami nie jenis rumah semi-D. Row rumah kami tu ada 6 buah, 1- rumah dari hujung yang berhampiran gymnasium tu keluarga dari Indonesia En. Imam, 2- Lon from Indonesia juga, 3- Shah Redza from M'sia, 4- Oly & zue from M'sia, 5- Sugianto from Indonesia dan last end lot tu En. Tarmizi from M'sia. So basicly row tu di kenali sebagai MALINDO (M'sia - Indonesia).

Wednesday, January 2, 2008

ZULAIHA is....

In Chinese name....



In Muslim name....