Sunday, December 14, 2008

Trip to Sharjah-Dubai-Abu Dhabi

Our first trip in Middle East
07 dec - 12 dec 2008

1st day
Sampai di Sharjah pukul 8.45pm... sesampai di rumah Abang Man pukul 9.15pm... makan, mandi pastu lepak jap pastu tidur....


2nd day
Happy Eid Al Adha..... pegi open house rumah En. Zaf kawan Abang Man. Pastu bermulalah eksplorasi metropolitan Dubai.

Destinasi Pertama: Dubai Creek - Asalnya tempat ni pelabuhan lama Dubai, sekarang telah di"upgrade" jadi tempat pelancongan. Byk Dhow yg berlabuh di sini dan ada yg telah di"convert" jadi restoran terapung mewah...Sambil menghirup udara segar, dpt juga menikmati skyline Old Dubai.

Destinasi Kedua: Wild Wadi Water Theme Park - Bukan nak masuk theme park pun...cuma tempat ni merupakan tempat yg paling sesuai utk ambil gambar Burj Arab dari jarak dekat. Ini lar rupanya bangunan hotel mewah ni...

Destinasi Ketiga: Medinat Jumeirah - Tempat ni memang souq tempat orang class atasan melepak sambil menikmati permandangan Burj Arab. Sesuai sgt tempat ni yg terletak berhampiran dgn perumahan mewah Palm Jumeirah. Cantik sungguh landscapenye especially dpt melihat refleksi Burj Arab dlm tasik depan Medinat Jumeirah tu..

Destinasi Keempat: Mall of Emirates - Salah satu shopping mall yg popular di Dubai kerana adanya Dubai Ski didalamnye. Nak masuk utk main snow je harganye 99 dirham/seorang...mahalnye!

Destinasi Kelima: Global Village - Tempat ni sebenarnya hanya dibuka dari bulan November hingga Februari sahaja...macam tapak ekspo/funfair. Cuma tempat ini sangat unik pasal byk replika bangunan yg menempatkan bazaar jualan telah dibahagi2 mengikut negara2...antaranya Egypt dgn replika Piramid, China dgn replika Forbidden City Beijing, India dgn Taj Mahalnye, Kenya, Pakistan, Saudi, Phillipines, Far East, Europe dll. Kami juga bernasib baik dpt menyaksikan perarakan Eid Adha in Dubai, pertunjukan stunt Jet Ski dan Bunga Api. Enjoy tempat ni...kalau tidak ikutkan kaki yg dah makin lemah berjalan, mungkin sampai ke tengah malam lepak di sini.



3rd day
Hari ni perjalanan bermula dari Sharjah ke Al Ain, sebuah bandar di barat UAE. Bandar Al Ain ni cukup damai tak kelihatan seperti di Middle East pasal kehijauan dan ketenangan alam sekitarnye. Di sini juga terletak University of Emirates. Tak jah dari Bandar Al-Ain, kami menuju ke Jabel Hafeet.

Destinasi Pertama: Jabel Hafeet sebuah kawasan bukit bukau. Jalan ke tempat ni berbelit2 mcm nak naik Genting Highlands. Sampai di atas kelihatan puncak bukit penuh dgn orang ramai yg berkelah sempena cuti raya...Permandangan dari atas puncak amat indah dan panaromik dgn bentuk2 muka bumi yg unik. Banjaran bukit bukau ni menjadi salah satu sempadan UAE dan Oman.

Destinasi Kedua: Abu Dhabi - Selepas makan lunch kat Jimi Mall, Al-Ain, kami bertolak ke Abu Dhabi. Perjalanan about 90 minit. Sampai just in time for sunset. Sempat bergambar di Abu Dhabi Theatre. Dari sini juga dpt lihat skyline Abu Dhabi yg lebih tersusun berbanding Dubai. Kemudian dinner di Marina Mall, Abu Dhabi. Ada Ikea kat Mall ni tau. Sempat juga beli stroller baru utk Dayinie kat Mamas Papas pasal tak larat nak dukung Dayinie sepanjang masa. On the way back to Dubai, dpt lihat Royal Hotel, sebuah hotel mewah yg juga jadi tempat penggambaran filem,"The Kingdom".


4th Day
Hari ni memang plan nak pusing keliling Sharjah je pasal 'driver' nak membiasakan diri dgn jalan2 di UAE ni...

Destinasi Pertama: Sharjah Aquarium - Aquarium ni baru di buka, sesuai utk kanak2 melihat perlbagai ikan2 berenang dikeliling. Kelihatan masih ada lagi kerja2 expansion...mungkin nak bawa masuk ikan paus nanti kot.

Destinasi Kedua: Blue Souq - Bangunan yg unik berwarna biru menempatkan souq (pasar) seni ini. Sempat juga beli2 souvenir utk dibawa pulang.

Destinasi Ketiga: Sahara Mall - Antara Mall yg besar di Sharjah. Lunch di sini dan kemudian pulang utk makan dinner, dah tak larat nak makan kat food court lagi.

Destinasi Keempat: Al-Qasba, Sharjah - tempat ni terletak di corniche Sharjah. Tarikan utama di sini ialah ferris wheel "Eye on Emirates".



5th Day
Hari ni sambung explore Dubai

Destinasi Pertama: Wafi City - Tempat ni juga merupakan tempat shopping mewah. Kami di sini hanye utk menikmati seni bentuk menarik mall ni. Seni reka Egyptian dominan di tempat ni, dari Pyramid, Sphynx dan ukiran2. Kami melawat Souq Underground "Khan Murjan Souq" yg mewah, sampai dlm toilet pun bergambar. Singgah di Planet Hollywood utk beli souvenir. Kat sini juga jadi tempat permulaan Big Bus Dubai Tour, bayar 200 Dirham utk explore Dubai dgn double decker bus.

Destinasi Kedua: Dubai Festival City - Ini merupakan antara mall yg sgt besar dan indah di Dubai. Di sini ada Ikea juga. Landscape Mall ni lebih berciri moden. Mall ni ada Marina dan Waterfront nye sendiri lantas menjadi tempat sesuai utk keluarga bersantai dan shopping.

Destinasi Ketiga: Al-Qasba, Sharjah - Kami kembali lagi semula ke sini utk naik Abra Cruise, sejenis bot lama yg lebih kecil dari Dhow. Kami sewa private bot utk privacy dan di jamu dgn Arabic Coffee dan Kurma. Bot membawa kami melewati skykline sharjah di waktu malam berlatar belakangkan bandaraya Sharjah dan "Eye on Emirates"


6th Day
Hari ni packing barang2 dan lepak kat rumah je bersama keluarga Abg Man. Pukul 3pm berangkat ke Sharjah International Airport. Kami pasti akan kembali ke bandaraya Metropolitan Dubai satu hari nanti.

more pic... go to olyzue.fotopages.com

No comments: